Berdasarkan lawatan kami ke Muzium Negara. Kami telah beroleh jawapan untuk soalan Tahap 1 yang telah diberikan kepada kami. Berikut ialah jawapan yang telah kami rangkumkan. Moga bermanfaat.
1.
Anda harus membuat perbandingan mengenai
perkara-perkara tersebut antara masyarakat tradisional dan masyarakat moden.
2. Nyatakan perbezaan yang wujud.
2. Nyatakan perbezaan yang wujud.
MASYARAKAT TRADISONAL
|
MASYARAKAT MODEN
|
1)
Ekonomi
a.
Pertanian
-
Di kedah ,Perak, Terengganu
-
Tanaman utama = padi
-
T. sampingan = ubi, keledek, pisang, lain2
-
Berlaku dalam skala kecil
-
Menggunakan teknologi mudah (tajak, tugal, cangkul, tenggala)
-
Kebanyakan hasil hanya utk keperluan diri dan keluarga.
-
Penduduk mengusahakan kawasan tertentu tanpa wujud pembahagian kerja.
b.
Perikanan
-
Teknik menangkap bergantung pada kawasan
-
Contoh alat = tali , kail, bubu, jala
-
Hasil tangkapan dalam skala yang kecil
-
Hanya dijual jika ada lebihan
c.
Perniagaan
-
Secara kecil- kecilan
-
Sebahagian menggunakan sistem barter dan sebahagian menggunakan sistem
wang
-
Tertumpu pada sesebuah kawasan sahaja bagi aspek pasaran
-
Teknik pemasaran produk kurang jelas
-
Mungkin dijual dari rumah ke rumah tanpa wujud kedai ( atau wujud tapi
terhad)
2) Pembangunan
-
Rumah – rumah dibina secara tidak sistematik tanpa pembahagian kawasan
-
Kawasan perumahan diketuai oleh seorang ketua
-
Dari aspek pengangkutan, masih menggunakan kenderaan tradisional spt
basikal ,motor, binatang.
-
Aspek komunikasi, menggunakan surat, telegram
|
1) Ekonomi
a.
Pertanian
-
Guna pelbagai mesin untuk kutipan hasil tanaman dan juga penanaman
-
Pelbagai kajian dibuat untuk meningkat kan kualiti hasil tanaman
-
Tanaman dibuat secara sistematik mengikut masa yang lebih sesuai
-
Masyarakat didedahkan dengan kelebihan dan teknik penanaman yang lebih
baik
-
Modal yang digunakan bergantung kepada tujuan penanaman
b.
Perniagaan
-
Berlaku dalam skala yang besar
-
Modal lebih banyak
-
Pasaran meluas( produk keluaran melayu turut dieksport ke luar negara)
-
Perniagaan dari aspek fesyen dan makanan mendominasi
-
Lebih banyak kedai- kedai dibuka
-
Ada peniaga/usahawan yang mempunyai cawangan kedai di seluruh negara
-
Menggunakan sistem ‘shopping online” untuk memudahkan pembeli
-
Pembayaran melalui ‘online banking’
-
Pasaran juga diluaskan melalui laman sosial seperti facebook, instagram
-
Peniaga mempunyai lebih banyak pengetahuan tentang strategi perniagaan
-
Masih wujud jualan di pasar- pasar seperti di pasar malam ,pasar tani
-
Jualan tidak hanya terhad kepada pusat membeli belah sahaja
-
Aktiviti perniagaan lebih giat
c.
Perindustrian
-
Kilang banyak dibina bagi memaksimumkan pengeluaran produk
2) Pembangunan
-
rumah dibina secara sistematik
-
wujud sistem perumahan, lebih teratur
-
wujud sistem organisasi kawasan perumahan( jawatankuasa)
-
Kedai untuk aktiviti ekonomi lebih
banyak dan luas
-
Sistem komunikasi lebih canggih dengan penggunaan internet
-
Buat panggilan tanpa bayaran melalui aplikasi yang di muat turun( hanya
perlu bayar internet)
-
Aplikasi telegram yang lebih canggih
-
Penggunaan email mendominasi penggunaan
surat.
|
·
Pengaruh perkembangan media massa terhadap
masyarakat.
Masyarakat moden kini lebih terpengaruh dengan media massa
dan media elektronik. Era globalisasi memiliki pengaruh yang kuat terhadap
pelbagai dimensi kehidupan masyarakat. Hal ini menyebabkan terjadinya
perubahan-perubahan yang positif mahupun
negative dalam kalangan masyarakat. Perkembangan teknologi menyebabkan
masyarakat terapit di antara dua pilihan iaitu samada untuk mengaplikasikan
teknologi ini dalam kehidupan mereka ataupun tidak.
·
Tarah hidup masyarakat yang semakin meningkat.
Hal ini telah menyebabkan masyarakat terdorong untuk turut
memajukan diri masing-masing dengan pelbagai cara termasuklah dari segi
pekerjaan. Masyarakat akan lebih sibuk dengan pekerjaan masing-masing untuk
tujuan sara hidup dan keperluan hidup yang tinggi pada masa kini di samping
atas keinginan untuk hidup dengan selesa.
·
Perkembangan ilmu yang semakin luas
Perkembangan ini meningkatkan keperluan pendidikan dalam
kalangan masyarakat. Ilmu-ilmu ini mampu
meggerakkan masyarakat tersebut ke arah yang lebih baik. Sektor pendiddikan
yang berkembang luas memenuhi syarat dan keperluan masyarakat untuk mengharungi
jurang kehidupan yang semakin sukar.
·
Perubahan geografi
Perubahan ini menyumbang kepada perkembangan dan cara hidup
sesebuah masyarakat. Banyak kawasan-kawasan di luar bandar telah dimajukan
contohnya dengan membersihkan kawasan hutan untuk diteroka dan dinaiktaraf
sebagai kawasan pelancongan, pertanian dan sebagainya.
Cabaran
semasa dari segi tahap perkembangan ekonomi semasa di dalam negara mahupun
tahap ekonomi dunia. Seterusnya, arus pemodenan juga menuntut banyak
pembaharuan dilakukan dengan mengekalkan aktiviti/perkara yang lama.
·
Teknologi membuatkan jurang generasi begitu
besar. Ia bukan saja mengubah pasaran ekonomi tetapi juga landskap politik
dunia. Budaya juga berubah. begitu juga dengan pemikiran intelektual.
·
Di kalangan ahli perniagaan, segala produk
mereka ditumpukan kepada orang muda. Ini kerana orang muda bukan saja merupakan
pasaran terbesar tetapi membentuk pasaran akan datang. Mereka juga mempunyai
keupayaan membeli dan kerana waktu yang masih muda, mereka boleh diikat dengan
pelbagai cara melalui hutang dan pinjaman.
·
Maka dengan golongan perniagaan memikirkan
pasaran orang muda, maka iklan untuk mempromosikan barangan mereka juga
ditunjukkan kepada orang muda. Tentunya keadaan itu membabitkan media, kerana
melalui medialah iklan disalurkan.
·
Hal ini menyebabkan peranan orang tua dilupakan
dan dipandang rendah. Sedangkan sejak berzaman-zaman,
orang tua merupakan sumber bagi mendapatkan pengajaran. Kalau dalam masyarakat
primitif dan kampung, orang tua bukan saja dihormati tetapi merupakan gedung
ilmu. Mereka ialah arkib bagi masyarakat mereka. Sentiasa dirujuk untuk memberi
pandangan, pendapat dan petua kepada anggota masyarakat.
·
Tetapi sekarang tidak. Sebaliknya orang tua yang
meminta bantuan daripada orang muda untuk mendapatkan tunjuk ajar mengenai
komputer dan gajet. Sebab itulah berusia 40 sudah tidak muda. Ini kerana mereka
akan dikalahkan oleh golongan berusia 20 dan 30-an.
Pada
pendapat saya, perubahan yang wujud kesan daripada jurang antara golongan tua
dan muda adalah mendatangkan perubahan negatif. Dalam konteks masa kini, kedudukan
orang muda, khususnya golongan yang berumur di bawah 40 tahun, kelihatannya
mendapat perhatian banyak pihak. Dari satu sudut, pembinaan golongan muda yang
dinamik dan berilmu ialah satu jaminan kepada keutuhan kewujudan sesebuah
negara. Walau bagaimanapun, saat kepentingan golongan muda diperkatakan dengan
rancaknya, akan cepat terkesan dengan konotasi jurang generasi. Jurang
generasi, dalam konteks ini bermaksud, antara satu generasi dengan generasi
yang lain, terdapat perbezaan. Dalam hal ini, apa yang difahami oleh generasi
dahulu tentang kehidupan, dengan apa yang difahami oleh generasi kini tentang
hal yang sama, tidak lagi serupa. Terdapat perbezaan tentangnya, yang
mengakibatkan wujudnya jurang. Oleh hal yang demikian, antara generasi ini, mereka
tidak lagi dapat memahami hati budi sesama mereka. Mereka tidak lagi layak
untuk memberikan nasihat kepada generasi muda kontemporari, dan generasi muda
kini, pula tidak perlu mendengar pandangan generasi dahulu.
Segala-galanya-galanya tidak dipedulikan atas dasar perbezaan.
7.
Nilaikan, bagaimana Islam melihat perkara tersebut?
Apakah persamaan dan perbezaannya?
Jurang generasi
adalah perkara yang sangat asing dalam Islam. Ini bermakna, tidak wujud jurang generasi yang kritikal dalam masyarakat Islam. Ringkasnya, walaubagaimanapun
jurang antara golongan tua dan muda pada masa ini, tidak akan wujudnya jurang
yang kritikal dalam masyarakat Islam
disebabkan adanya Al-Quran dan Nabi
Muhammad saw.
·
Al-Quran merupakan satu-satunya kitab suci umat
Islam, yang bebas daripada sebarang kesalahan, al-Quran memainkan peranan
penting, khususnya dalam menjawab
pelbagai persoalan abadi. Persoalan tentang asal usul kejadian manusia, fungsi
manusia di bumi ini dan akhir hidup manusia, ialah satu bentuk jawapan pasti
yang diberikan oleh al-Quran. Akibat terjawabnya persoalan penting ini,
masyarakat muslim tidak lagi tertanya-tanya tentang makna kehidupan malah bersatu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai orang
Islam dimuka bumi ini.
·
Kewujudan Nabi Muhammad saw. Jika al-Quran
ialah wahyu Ilahi, maka cermin yang paling baik kepada al-Quran ialah nabi Muhammad saw. Percakapan dan
perbuatannya memgambarkan inti sari al-Quran. Semua umat Islam bertungkus-lumus berusaha mencontohi
keperibadian baginda. Martabatnya sebagai rasul dan manusia terunggul tidak
memungkinkan kita mencontohi baginda dalam semua perkara tetapi banyak
perlakuan baginda layak diikuti dan sebagai muslim, nabi Muhammad S.A.W
dijadikan contoh yang paling sempurna. Dengan ini sesebuah masyarakat khususnya
msyarakat melayu yang majoritinya beragama Islam cuba menerapkan nilai murni
yang dapat dicontohi daripada baginda dalam menyatupadukan masyarakat
lebih-lebih lagi antara golongan muda dan tua.
Sememangnya terdapat
persamaan dan perbezaaan antara pandangan seseorang individu dengan pandangan
islam. Persamaanya ialah, jurang antra golongan
muda dan golongan tua tidak sewajarnya berlaku dalam sesebuah masyarakat. Selain itu, perbezaannya ialah seseorang individu melihat dari aspek
sesebuah masyarakat itu sendiri tanpa mengira agama manakala Islam melihat dari aspek sebagai seorang muslim.