Tuesday, 9 December 2014

Soalan Tahap 1


Berdasarkan lawatan kami ke Muzium Negara. Kami telah beroleh jawapan untuk soalan Tahap 1 yang telah diberikan kepada kami. Berikut ialah jawapan yang telah kami rangkumkan. Moga bermanfaat.

1.     Anda harus membuat perbandingan mengenai perkara-perkara tersebut antara masyarakat tradisional dan masyarakat moden.
2. Nyatakan perbezaan yang wujud.

MASYARAKAT TRADISONAL
MASYARAKAT MODEN
1)  Ekonomi
a.    Pertanian
-        Di kedah ,Perak, Terengganu
-        Tanaman utama = padi
-        T. sampingan = ubi, keledek, pisang, lain2
-        Berlaku dalam skala kecil
-        Menggunakan teknologi mudah (tajak, tugal, cangkul, tenggala)
-        Kebanyakan hasil hanya utk keperluan diri dan keluarga.
-        Penduduk mengusahakan kawasan tertentu tanpa wujud pembahagian kerja.
b.     Perikanan
-        Teknik menangkap bergantung pada kawasan
-        Contoh alat = tali , kail, bubu, jala
-        Hasil tangkapan dalam skala yang kecil
-        Hanya dijual jika ada lebihan
c.      Perniagaan
-        Secara kecil- kecilan
-        Sebahagian menggunakan sistem barter dan sebahagian menggunakan sistem wang
-        Tertumpu pada sesebuah kawasan sahaja bagi aspek pasaran
-        Teknik pemasaran produk kurang jelas
-        Mungkin dijual dari rumah ke rumah tanpa wujud kedai ( atau wujud tapi terhad)
2)     Pembangunan
-        Rumah – rumah dibina secara tidak sistematik tanpa pembahagian kawasan
-        Kawasan perumahan diketuai oleh seorang ketua
-        Dari aspek pengangkutan, masih menggunakan kenderaan tradisional spt basikal ,motor, binatang.
-        Aspek komunikasi, menggunakan surat, telegram

1)     Ekonomi
a.      Pertanian
-        Guna pelbagai mesin untuk kutipan hasil tanaman dan juga penanaman
-        Pelbagai kajian dibuat untuk meningkat kan kualiti hasil tanaman
-        Tanaman dibuat secara sistematik mengikut masa yang lebih sesuai
-        Masyarakat didedahkan dengan kelebihan dan teknik penanaman yang lebih baik
-        Modal yang digunakan bergantung kepada tujuan penanaman
b.     Perniagaan
-        Berlaku dalam skala yang besar
-        Modal lebih banyak
-        Pasaran meluas( produk keluaran melayu turut dieksport ke luar negara)
-        Perniagaan dari aspek fesyen dan makanan mendominasi
-        Lebih banyak kedai- kedai dibuka
-        Ada peniaga/usahawan yang mempunyai cawangan kedai di seluruh negara
-        Menggunakan sistem ‘shopping online” untuk memudahkan pembeli
-        Pembayaran melalui ‘online banking’
-        Pasaran juga diluaskan melalui laman sosial seperti facebook, instagram
-        Peniaga mempunyai lebih banyak pengetahuan tentang strategi perniagaan
-        Masih wujud jualan di pasar- pasar seperti di pasar malam ,pasar tani
-        Jualan tidak hanya terhad kepada pusat membeli belah sahaja
-        Aktiviti perniagaan lebih giat
c.      Perindustrian
-        Kilang banyak dibina bagi memaksimumkan pengeluaran produk
2)     Pembangunan
-        rumah dibina secara sistematik
-        wujud sistem perumahan, lebih teratur
-        wujud sistem organisasi kawasan perumahan( jawatankuasa)
-         Kedai untuk aktiviti ekonomi lebih banyak dan luas
-        Sistem komunikasi lebih canggih dengan penggunaan internet
-        Buat panggilan tanpa bayaran melalui aplikasi yang di muat turun( hanya perlu bayar internet)
-        Aplikasi telegram yang lebih canggih
-        Penggunaan email mendominasi penggunaan  surat.




3.     Mengapakah berlaku perubahan?
·        Pengaruh perkembangan media massa terhadap masyarakat.

Masyarakat moden kini lebih terpengaruh dengan media massa dan media elektronik. Era globalisasi memiliki pengaruh yang kuat terhadap pelbagai dimensi kehidupan masyarakat. Hal ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan yang positif  mahupun negative dalam kalangan masyarakat. Perkembangan teknologi menyebabkan masyarakat terapit di antara dua pilihan iaitu samada untuk mengaplikasikan teknologi ini dalam kehidupan mereka ataupun tidak.

·        Tarah hidup masyarakat yang semakin meningkat.

Hal ini telah menyebabkan masyarakat terdorong untuk turut memajukan diri masing-masing dengan pelbagai cara termasuklah dari segi pekerjaan. Masyarakat akan lebih sibuk dengan pekerjaan masing-masing untuk tujuan sara hidup dan keperluan hidup yang tinggi pada masa kini di samping atas keinginan untuk hidup dengan selesa.

·        Perkembangan ilmu yang semakin luas

Perkembangan ini meningkatkan keperluan pendidikan dalam kalangan masyarakat.  Ilmu-ilmu ini mampu meggerakkan masyarakat tersebut ke arah yang lebih baik. Sektor pendiddikan yang berkembang luas memenuhi syarat dan keperluan masyarakat untuk mengharungi jurang kehidupan yang semakin sukar.

·        Perubahan geografi

Perubahan ini menyumbang kepada perkembangan dan cara hidup sesebuah masyarakat. Banyak kawasan-kawasan di luar bandar telah dimajukan contohnya dengan membersihkan kawasan hutan untuk diteroka dan dinaiktaraf sebagai kawasan pelancongan, pertanian dan sebagainya.

4.     Apakah cabaran semasa yang dihadapi untuk mengekalkan perkara tersebut?

     Cabaran semasa dari segi tahap perkembangan ekonomi semasa di dalam negara mahupun tahap ekonomi dunia. Seterusnya, arus pemodenan juga menuntut banyak pembaharuan dilakukan dengan mengekalkan aktiviti/perkara yang lama. 

5.     Adakah berlaku jurang nilai antara golongan tua dan muda? Mengapa?

·        Teknologi membuatkan jurang generasi begitu besar. Ia bukan saja mengubah pasaran ekonomi tetapi juga landskap politik dunia. Budaya juga berubah. begitu juga dengan pemikiran intelektual.
·        Di kalangan ahli perniagaan, segala produk mereka ditumpukan kepada orang muda. Ini kerana orang muda bukan saja merupakan pasaran terbesar tetapi membentuk pasaran akan datang. Mereka juga mempunyai keupayaan membeli dan kerana waktu yang masih muda, mereka boleh diikat dengan pelbagai cara melalui hutang dan pinjaman.
·        Maka dengan golongan perniagaan memikirkan pasaran orang muda, maka iklan untuk mempromosikan barangan mereka juga ditunjukkan kepada orang muda. Tentunya keadaan itu membabitkan media, kerana melalui medialah iklan disalurkan.
·        Hal ini menyebabkan peranan orang tua dilupakan dan dipandang rendah. Sedangkan sejak berzaman-zaman, orang tua merupakan sumber bagi mendapatkan pengajaran. Kalau dalam masyarakat primitif dan kampung, orang tua bukan saja dihormati tetapi merupakan gedung ilmu. Mereka ialah arkib bagi masyarakat mereka. Sentiasa dirujuk untuk memberi pandangan, pendapat dan petua kepada anggota masyarakat.
·        Tetapi sekarang tidak. Sebaliknya orang tua yang meminta bantuan daripada orang muda untuk mendapatkan tunjuk ajar mengenai komputer dan gajet. Sebab itulah berusia 40 sudah tidak muda. Ini kerana mereka akan dikalahkan oleh golongan berusia 20 dan 30-an.

6.     Nilaikan adakah perubahan itu positif atau negatif? Mengapa anda berpandangan sedemikian?

Pada pendapat saya, perubahan yang wujud kesan daripada jurang antara golongan tua dan muda adalah mendatangkan perubahan negatif. Dalam konteks masa kini, kedudukan orang muda, khususnya golongan yang berumur di bawah 40 tahun, kelihatannya mendapat perhatian banyak pihak. Dari satu sudut, pembinaan golongan muda yang dinamik dan berilmu ialah satu jaminan kepada keutuhan kewujudan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, saat kepentingan golongan muda diperkatakan dengan rancaknya, akan cepat terkesan dengan konotasi jurang generasi. Jurang generasi, dalam konteks ini bermaksud, antara satu generasi dengan generasi yang lain, terdapat perbezaan. Dalam hal ini, apa yang difahami oleh generasi dahulu tentang kehidupan, dengan apa yang difahami oleh generasi kini tentang hal yang sama, tidak lagi serupa. Terdapat perbezaan tentangnya, yang mengakibatkan wujudnya jurang. Oleh hal yang demikian, antara generasi ini, mereka tidak lagi dapat memahami hati budi sesama mereka. Mereka tidak lagi layak untuk memberikan nasihat kepada generasi muda kontemporari, dan generasi muda kini, pula tidak perlu mendengar pandangan generasi dahulu. Segala-galanya-galanya tidak dipedulikan atas dasar perbezaan.

7.     Nilaikan, bagaimana Islam melihat perkara tersebut? Apakah persamaan dan perbezaannya?

     Jurang generasi adalah perkara yang sangat asing dalam Islam. Ini bermakna, tidak wujud  jurang generasi yang kritikal dalam  masyarakat Islam. Ringkasnya, walaubagaimanapun jurang antara golongan tua dan muda pada masa ini, tidak akan wujudnya jurang yang kritikal dalam  masyarakat Islam disebabkan adanya Al-Quran dan  Nabi Muhammad  saw.
·       
          Al-Quran merupakan satu-satunya kitab suci umat Islam, yang bebas daripada sebarang kesalahan, al-Quran memainkan peranan penting, khususnya dalam  menjawab pelbagai persoalan abadi. Persoalan tentang asal usul kejadian manusia, fungsi manusia di bumi ini dan akhir hidup manusia, ialah satu bentuk jawapan pasti yang diberikan oleh al-Quran. Akibat terjawabnya persoalan penting ini, masyarakat muslim tidak lagi tertanya-tanya tentang makna kehidupan malah bersatu dalam  melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam dimuka bumi ini.
·         
          Kewujudan Nabi Muhammad saw. Jika al-Quran ialah wahyu Ilahi, maka cermin yang paling baik kepada al-Quran  ialah nabi Muhammad saw. Percakapan dan perbuatannya memgambarkan inti sari al-Quran. Semua umat Islam  bertungkus-lumus berusaha mencontohi keperibadian baginda. Martabatnya sebagai rasul dan manusia terunggul tidak memungkinkan kita mencontohi baginda dalam semua perkara tetapi banyak perlakuan baginda layak diikuti dan sebagai muslim, nabi Muhammad S.A.W dijadikan contoh yang paling sempurna. Dengan ini sesebuah masyarakat khususnya msyarakat melayu yang majoritinya beragama Islam cuba menerapkan nilai murni yang dapat dicontohi daripada baginda dalam menyatupadukan masyarakat lebih-lebih lagi antara golongan muda dan tua.

  Sememangnya terdapat persamaan dan perbezaaan antara pandangan seseorang individu dengan pandangan islam. Persamaanya ialah, jurang antra golongan  muda dan golongan tua tidak sewajarnya berlaku dalam  sesebuah masyarakat.  Selain itu, perbezaannya  ialah seseorang individu melihat dari aspek sesebuah masyarakat itu sendiri tanpa mengira agama manakala Islam  melihat dari aspek sebagai seorang muslim.



No comments:

Post a Comment