بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Dalam satu perbincangan yang melibatkan semua ahli, kami telah mencapai kata sepakat untuk membahagikan tugas untuk melancarkan projek yang akan kami lakukan ini. Kami telah duduk dalam satu meja bulat dan melakukan perundingan untuk projek ini. Bidang kerja yang ditetapkan telah dipilih mengikut keperluan. Setiap seorang daripada kami telah diberi tugasan khas sepanjang berlangsungnya projek ini sehingga penghabisan.
Kami juga telah menjalankan kajian melalui internet untuk mengenal pasti tentang isu yang akan dikaji dan dinilai. Kajian tersebut meliputi gambar, artikel dan juga blog.
Cara-cara perlaksanaan projek yang dipersetujui ialah melalui pemerhatian. Kami telah memutuskan untuk menilai melalui tiga (3) lokasi iaitu di Kampung Paya Jaras, Pusat Membeli-belah Mid Valley dan juga di pasar. Ketiga-tiga tempat ini dianggap wajar kerana ianya meliputi pelbagai lapisan masyarakat dan juga setiap aras ekonomi. Ini termasuk juga dalam perbandingan antara bandar dan luar bandar.
Selain daripada pemerhatian, kami merasakan bahawa ianya wajar untuk kami melakukan temu ramah dengan penduduk sekitar untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka. Hal ini adalah kerana maklum balas yang akan diperoleh adalah lebih tepat kerana ianya merupakan maklum balas daripada penduduk itu sendiri. Perbandingan boleh dilakukan untuk dua cara ini iaitu pemerhatian dan maklum balas.
Ahli jawatankuasa yang telah ditetapkan untuk projek yang akan kami lakukan ini adalah seperti berikut.
- Penemu ramah - Sara Nabilah, Farah Diyanah & Mohamad Amin
- Jurugambar - Anisah Munirah & Sharifah Shafiqah
- Pencatat maklumat - Izzah Amira & Nor Hamizah
- Pengurus blog dan IT - Akmal Izzati
Untuk yang seterusnya ialah 10 orang yang mendapat manfaat daripada projek yang kami lakukan. Kami bercadang untuk membantu mempromosikan produk daripada 10 peniaga atau melibatkan diri kami secara langsung dalam proses jualan itu sendiri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment